KENALI 10 CARA PENIPU /SCAMMER PROFESSIONAL
Saya terpanggil untuk menulis posting ini setelah dihubungi oleh klien-klien yang saya percaya berdasarkan kepada pengalaman dan ilmu undang-undang , mereka telah ditipu oleh pihak-pihak yang menjalankan aktiviti menipu secara professional.

Berikut ialah di antara modus operandi atau elemen-elemen yang terdapat kepada skim / tawaran/ jemputan /iklan yang sebenarnya adalah perangkap . Tidak kiralah samada ianya menawarkan pulangan hartanah , kereta mewah atau wang yang besar:
KENALI TANDA AWAL PENIPUAN
1) Menggunakan "vehicle" company yang baru ditubuhkan beberapa bulan.
Saya dapati kebanyakkan syarikat-syarikat yang menawarkan pelaburan hartanah atau wang kepada mangsa adalah syarikat yang baru ditubuhkan. Sebagai contoh , skim ditawarkan kepada mangsa pada Jun 2017. Syarikat yang dikatakan akan memberikan hartanah atau wang pulangan pelaburan pula ditubuhkan pada November 2016. Syarikat-syarikat ini hanyalah di tubuhkan untuk mengaburi mata mangsa-mangsa.
Apa yang perlu dilakukan : Due diligence. Lakukan semakan syarikat di SSM untuk mengetahui bilakah syarikat ini telah ditubuhkan
2) Skim pelaburan a.k.a crowd funding yang tidak berdaftar dengan SSM
Skim pelaburan , skim keahlian rekreasi , skim kongsi-masa atau gabungan kesemua skim atau crowd funding adalah antara metod yang amat digemari oleh penipu-penipu professional. Antara contoh skim yang pernah diadukan kepada saya di Tetuan Nur Maidin & Co ialah :
a- Skim labur dan beli rumah pangsa mewah - di tawarkan kepada pembeli sejak 2009. Pembeli telah mendapatkan pinjaman untuk perumahan dan berkemungkinan besar adalah pinjaman peribadi. . Sehingga kini tanah tersebut kosong dan pembeli menanggung hutang pinjaman tanpa mendapat sebarang rumah.
Apa perlu dilakukan - selidik sekiranya syarikat mempunyai lesen di bawah Akta Pemaju Perumahan. Sekiranya syarikat menyatakan bahawa mereka adalah konsultant kepada syarikat pemaju- selidikilah samada pemaju berkenaan memang telah memberikan autoriti kepada syarikat tersebut untuk menjadi agent, representasi atau wakil kepada pemaju secara bertulis.
b- Pelaburan untuk perniagaan - Perniagaan yang dimaksudkan tidak wujud dan tidak pernah beroperasi. Pelabur-pelabur yang terdiri daripada saudara mara sendiri telah melaburkan di antara RM 30,000.00 hingga RM 100,000.00 kerana yakin dengan janji pulangan yang ditaburkan.
Apa perlu dilakukan - selidiki samada syarikat ini telah beroperasi lebih kurang 3 tahun.
c- Pelaburan untuk mendapatkan lot-lot tanah bagi dibina rumah bungalow - ini adalah di antara skim yang paling popular. Ramai mangsa-mangsa dikaburi dengan iklan-iklan penjualan tanah-tanah lot untuk bina rumah sendiri. Harga tanah pula antara yang mampu milik seperti RM 40,000.00, RM 18,000.00 dan sebagainya. Setelah transaksi pembelian hartanah di buat barulah diketahui bahawa hartanah tersebut bukan milik penjual atau syarikat yang menjual. Bahkan hartanah tersebut telah menjadi milik orang perseorangan atau syarikat lain sejak 1999! Ada juga mangsa-mangsa telah membina rumah-rumah mewah di atas tanah ini sehinggalah mendapat notis bahawa mereka sebenarnya adalah penceroboh.
Apa yang perlu dilakukan : Tolonglah lantik peguam hartanah sebelum membuat apa-apa pembayaran termasuklah deposit!
TAMBAHAN : Pada tahun 2016 , SSM telah menguatkuasakan satu akta yang dikenali sebagai AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016 . Sebarang syarikat atau perseorangan yang ingin membuat crowd funding atau skim pelaburan WAJIB berdaftar terlebih dahulu dengan SSM di bawah Akta ini.
3) Pengarah syarikat nama orang lain- tukang kutip duit nama lain - account bank untuk depositkan duit pun nama lain!
Ini adalah tanda yang sangat jelas dan nyata. Kalau ini yang sedang berlaku sila undurkan diri.
4) Nama syarikat dalam perjanjian adalah Syarikat A tetapi duit kena masukkan dalam Syarikat B!
Ini adalah tanda yang sangat jelas dan merbahaya.
5) Pengunaan pangkat Dato`, Tan Sri , Dato Seri , Datuk , Sepupu kepada Sultan negeri sekian-sekian , sepupu kepada Datin Seri Rosmah , bekas pegawai Shell , ada close connection dengan Pengiran Brunei etc
Kalau ini digembar gembur terlebih dahulu sebelum pecapaian syarikat - maka sila nyalakan lampu merah amaran anda. Selidiki dahulu dakwaan pangkat dan networking mereka. Kalau pangkat dato - sila selidik dengan lebih mendalam , siapakah sultan dari negeri manakah yang telah memberikan pangkat tersebut. Seperti yang kita tahu- ramai juga yang dakwa diri sebagai Sultan di Malaysia ni! Kalau anugerah diberikan oleh Sultan Daerah Timbaktu - sila undur setapak ke belakang.
6) Menunjukkan gambar-gambar mereka dengan orang-orang kenamaan untuk menyakinkan anda supaya melabur.
Sekarang zaman selfie. Orang kenamaan pun mudah di ajak untuk berselfie. Sesiapa sahaja boleh berselfie dengan DS Najib , Tun Mahathir , dan mana-mana ahli politik sejak dua menjak ini. Janganlah mudah terpengaruh dengan gambar-gambar sebegini.
7) Risau , tidak mengalakkan atau takut apabila anda mengatakan mahu ambil peguam sendiri.
Penipu professional amat takut sekiranya anda menyatakan anda ingin melantik peguam sendiri atau mempunyai peguam peribadi yang akan meneliti dahulu dokumen sebelum membuat apa-apa pembayaran. Sekiranya mereka menarik balik tawaran pelaburan mereka kepada anda kerana anda mempunyai peguam sendiri- tidak mustahil itu antara tanda awal mereka adalah penipu. Saya sendiri pernah melihat bagaimana seorang Datuk menjadi kelam kabut dan cuba melarikan diri daripada perjumpaan dengan klien saya apabila melihat saya hadir bersama dan memperkenalkan diri saya sebagai peguam sedangkan "Datuk" tersebut yang mengaturkan pertemuan dengan klien saya. Setelah tahu bahawa klien saya mempunyai peguam sendiri, "Datuk' tersebut mengelak daripada menjawab panggilan klien saya sehingga kini.
8) Tiada nama dan kad pengenalan mereka di dalam perjanjian
Mereka akan letakkan kambing-kambing hitam mereka sebagai individu-individu yang dipertanggungjawabkan di dalam perjanjian atas alasan individu-individu ini mempunyai kuasa ke atas syarikat. Sekiranya anda tidak pernah berjumpa dengan individu - individu yang nama dan kad pengenalan tertera di atas perjanjian- tolong jangan tandatangani dan membuat apa-apa pembayaran. Pastikan anda tandatangani perjanjian dengan pihak yang anda kenali . Di antara kes yang pernah saya uruskan ialah seorang klien telah tandatangan perjanjian dengan A. Tetapi di dalam perjanjian tersebut hanya terdapat nama dan no kad pengenalan B. Klien saya tidak pernah berjumpa dengan langsung dengan B. Malah yang membawa perjanjian tersebut adalah C. Setelah kes di bawa ke Mahkamah , barulah diketahui bahawa nama dan kad pengenalan B telah digunakan oleh si A. Siapakah C? Hanya seorang despatch yang malang.
9) Menawarkan pulangan yang tidak logik atau tidak terjamin - Too Good To Be True
Contoh :- Beli lot tanah akan dapat juga sebuah BMW! WOW WOW
Labur RM 10,000.00 ke atas syarikat ini dan dapat pulangan RM 1,000,000.00 dalam masa 3 bulan! MARVELLOUSSS!
Nak jadi lawyer panel untuk projek perumahan PRIMA? Bayar kami RM 5,000.00. Projek tak jalan lagi tetapi kami akan pastikan bagi file pada anda!
10) Menawarkan akaun anda untuk disalurkan duit berjuta-juta daripada sumber yang hanya mereka ketahui
Yang terakhir ini adalah yang paling merbahaya untuk diri anda. Kalau hilang duit, duit boleh dicari. Tetapi sekiranya anda terlibat dengan penyaluran duit yang tidak sah dan menyalahi undang-undang, hukumannya bukan setakat bayaran dendan tetapi juga boleh disabitkan dengan hukuman penjara. Jangan mudah goyah dan bersetuju untuk memberikan akaun syarikat anda atau personal bagi penyaluran duit yang bukan milik anda. Jangan biarkan anda menjadi kambing hitam yang menunggu masa untuk disembelih. Akaun anda adalah bukti bahawa anda merupakan penerima dan bukan penipu-penipu ini. Mereka terlepas tetapi anda yang sengsara.
Mudahan di atas dapat membantu. Sama-samalah kita berwaspada agar tidak menjadi mangsa penipuan. Sekiranya anda perlukan bantuan guaman , boleh hubungi kami di Tetuan Nur Maidin & Co 03-55411129
Nurhidayaty Maidin
Partner, Lawyer, Pesuruhjaya Sumpah
Tetuan Nur Maidin & Co.

No comments: