Ads Top

PEGUAM SHAH ALAM :APABILA ANDA INGIN MENJUAL TANAH LOT MENGUNAKAN SURAT IKATAN AMANAH

Kepada penjual hartanah.
Walaupun transaksi hartanah menerusi Surat Ikatan Amanah (SIA) di benarkan, sila pastikan pada peringkat awal anda menawarkan tanah anda untuk dijual secara Surat Ikatan Amanah tersebut diterangkan secara telus , teliti dan difahami oleh bakal pembeli anda.
Sekiranya anda berani untuk menjual secara SIA , maka anda tentu sudah membuat kajian mendalam risiko kepada pembeli . Oleh itu di dalam undang-undang kontrak , anda berkewajipan menerangkan dan mendedahkan risiko ini kepada pembeli KETIKA proses penawaran. Iaitu sebelum deposit di ambil.
Penerangan yang tidak tepat , mengelirukan dan tidak benar yang dilakukan dengan tanpa niat menipu ataupun suci hati hingga mengakibatkan pembeli membeli atas dasar kekeliruan tersebut akan memberikan hak kepada pembeli untuk mengenakan tindakan di bawah Section 18 Akta Kontrak 1950 ke atas anda. Ia dipanggil keadaan salahnyata (Misrepresent).
Contoh:
Soalan pembeli yang ditawarkan penjual untuk membeli menerusi
" Adakah selepas habis bayar nama saya jadi pemilik lot ini"
Jawapan penjual " Ye nanti nama akan di masukkan dalam geran "
Jawapan oleh penjual di atas adalah tidak tepat dan mengelirukan kerana nama pembeli hanya akan dimasukkan sebagai pemegang amanah sahaja serta tidak dijelaskan sedangkan pembeli beranggapan nama beliau akan di catitkan sebagai pemilik.
Sekiranya penjual tidak berupaya menjelaskan dari sudut undang-undang , sepatutnya penjual mendapatkan khidmat peguam untuk menjelaskan kepada bakal pembeli sebelum sebarang deposit diterima. Apabila bakal pembeli telah jelas dan masih bersetuju walaupun mengetahui SIA mempunyai beberapa risiko (sila rujuk kepada artikle oleh Tuan Salkukhairi Abd Sukor di sini) maka liability ke atas penjual sudah pun terangkat.
Manakala bagi peguam pula , adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memberikan kefahaman yang jelas dan terang kepada bakal pembeli. Kami peguam perlu memastikan bahawa pembeli benar-benar faham fungsi SIA berbanding MOT. Ibarat seorang doktor , sebelum menjalankan rawatan tertentu ke atas pesakit , konsultasi diberikan terlebih dahulu. Pesakit perlu faham risiko yang akan di hadapi.Kegagalan seorang doktor untuk menerangkan risiko treatment - treatment tertentu akan menyebabkan doktor tersebut boleh disabitkan dengan medical negligence. Begitu juga dalam bidang guaman, kegagalan seorang peguam menjelaskan risiko sebuah transaksi akan membuka pintu kepada peguam tersebut untuk di hadapkan ke Badan Displin Majlis Peguam.
Oleh itu kepada penjual hartanah , jangan pandang enteng tentang kewajipan untuk jadi telus di peringkat penawaran kerana di peringkat inilah banyak kes disabitkan ke Mahkamah berkenaan hartanah.
Kepada rakan-rakan peguam pula perlu berani kerana benar . Lebih baik hilang pendapatan untuk satu fail daripada terus digantung dari praktis.

1 comment:

  1. Bagaimana kalau pemilik hilang SIA dan pejabat tanah pun hilang SIA? Apa yang perlu dilakukan untuk proses penjualan atau pindahmilik?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.