Ads Top

PEGUAM KORPORATE : MURAHKAN AGREEMENT BOLEH PUAN?

How can I say no,kan? It`s true. Everyone is affected.
Tidak seperti transaksi conveyancing , fee bagi servis seorang peguam untuk menderafkan perjanjian korporate dan komersil tidak termaktub kepada mana-mana peraturan fee yang tetap.
Beginilah , kepada usahawan yang memerlukan perjanjian korporat tetapi budget terhad, saya senaraikan cadangan yang boleh diatur dengan peguam anda:
1) Minta derafkan terma yang am (general dan common). Specific details hanya pada info pihak-pihak terlibat. Tiada klausa pelik-pelik dan payah.
2) Untuk terma yang lebih detail dan payah-payah , minta peguam sediakan satu schedule/jadual di belakang signature page. Anda isi sendiri jadual ini. Lagi kurang masa peguam anda menderaf, lagi bagus. Anda letaklah apa jua terma yang anda nak letak. Pohon peguam letakkan satu paragraph dalam agreement menyatakan agreement tersebut akan rujuk kepada schedule sekian-sekian.
3) Peguam tidak akan jadi saksi untuk execution page.Harap maklum jadi saksi juga adalah servis yang perlu di bayar kerana sekiranya ada pertelingkahan antara pihak-pihak, peguam boleh di panggil ke mahkamah atau tribunal sebagai saksi. Penat tau jadi saksi ni bila kena soal hampir sejam dalam kandang.
4) Peguam anda tidak perlu letakkan nama firma mereka di atas cover. Cover anda buat sendiri. Kalau agreement general , saya rasa peguam korporate tak kisah.
5) Servis deraf sekali sahaja oleh peguam anda. Sekiranya anda ingin pinda , sila pinda sendiri. Peguam hanya sediakan yang basic sahaja.
6) Peguam tidak perlu berurusan dengan pihak satu lagi. Segala komunikasi diuruskan oleh anda. Peguam hanya sediakan satu deraf untuk sekali sahaja. Pinda meminda dan review menreview stage di uruskan oleh anda.
7) Bila pihak-pihak telah setuju- print sendiri agreement tersebut dan boleh sign antara satu sama lain. Tak perlu di hadapan peguam
8) Sediakan surat aku janji bahawa peguam tidak akan di iktiraf sebagai penderaf agreement tersebut dan tidak akan dipanggil sebagai saksi.
9) Stamping diuruskan oleh anda.
Konsep fee menderafkan korporate agreement sebenarnya adalah makin payah dan leceh terma yang tuan puan nak masukkan , lagi tinggi fee peguam. Ini kerana peguam kena sit down and do some research, boleh ke masuk terma ini dalam agreement etc..membongkok depan komputer sampai malam.
Jadi nak murah , permurahkan terma-terma yang diingini.
Ini pendapat peribadi saya sahaja. Lain peguam lain pandangannya.

No comments:

Powered by Blogger.