Ads Top

SHAH ALAM LAWYER : Kenapa Anda Kalah Dalam Tuntuan Kecil di Mahkamah /Tribunal?

Kenapa Anda Kalah Dalam Tuntuan Kecil di Mahkamah /Tribunal?
---------------
Semalam datang seorang pelajar menemui saya untuk mendapatkan konsultasi berkenaan tuntutan kecil yang dimulakan oleh beliau di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Beliau tidak berpuas hati kerana Tuan Majistret telah menolak kes beliau tanpa kos ke atas kedua-dua pihak.
Beliau rasa tuan Majistret telah terkhilaf dan telah dinasihati oleh pegawai Mahkamah untuk mencari peguam bagi meneruskan rayuan ke Mahkamah Tinggi.
Fakta cukup ringkas - Bekas teman sewa rumah tidak pulangkan kembali duit deposit sewa beliau berjumlah RM 900.00. Jadi beliau membawa kes tuntutan kecil ke mahkamah majistret (tidak boleh diwakili oleh peguam )
Melihat kepada ekpresi wajah, saya tahu pelajar ini ada tuntutan yang kukuh dan bukan sekadar tuntutan rekaan . Namun kenapa pelajar ini kalah? Mengapa undang-undang mengenepikan hak beliau dan menyebabkan ketidakadilan?
Justice is said to be blind. Keadilan itu "buta". Mahkamah itu "buta". Majistret pun "buta".
Maksud "buta" di sini ialah keadilan dan mahkamah tidak melihat anda siapa , tidak kasihan kepada anda kerana latar belakang anda, tidak boleh melihat dengan sekadar mendengar cerita anda. Tidak terkesan dengan tangisan anda.
Oleh itu seperti orang buta- perlu dibantu mahkamah untuk tunjuk fakta yang jelas menerusi bukti-bukti yang kukuh dan saksi-saksi semasa perbicaraan. Tunjukkan mahkamah dan keadilan mengapakah anda berhak mendapat tuntutan ini. Kalau mahkamah telah diserahkan bukti yang jelas maka sudah tentu mahkamah dapat membuat keputusan menyebelahi Plaintif .
Pelajar ini hanya membawa seorang saksi dan terlupa untuk membawa buku resit untuk menunjukkan bahawa ada transaksi jual beli ketika perbicaraan. Ada salinan Whatsap pengakuan penerimaan duit pun tidak diserahkan kepada Mahkamah kerana rakan-rakan (bukan peguam) menasihati Whatsapp tidak boleh jadi bukti. Manakala , pihak Defendan telah bawa dua saksi untuk menafikan seorang saksi dari pelajar terbabit. Boleh bayangkan?
Sudah tentu Mahkamah dalam keadaan tidak mampu memberikan keputusan menyebelahi pelajar terbabit. Nasib baik Majistret memutuskan tiada kos dikenakan terhadap kedua-dua pihak. Kalau Majistret bersetuju dengan Defendan untuk kos kerana Defendan terpaksa pergi Mahkamah akibat tuntutan tidak kukuh?
Oleh itu kalau anda ingin membawa kes tuntutan kecil ke Mahkamah atau tribunal , pastikan dokumen-dokumen penting yang berkait rapat dengan kes anda telah di failkan dengan sempurna. Jangan anggap Mahkamah akan hanya menerima cerita anda tanpa disokong oleh bukti dan saksi.
Jangan anggap mahkamah atau tuan hakim zalim atau peguam tak pandai menang kes kalau anda kalah kerana bukti tidak cukup.
Oh , pelajar terbabit saya nasihatkan untuk berbincang dengan tuan rumah supaya menyerahkan deposit kepunyaan bekas teman serumah tersebut(defendan) kepada pelajar itu kalau pelajar itu ingin berhenti sewa. Walaupun pelajar terbabit tiada dalam perjanjian sewa ( satu lagi kecuaian dalam dokumentasi) , tuan rumah telah mengetahui dan mengakui bahawa pelajar itu adalah salah seorang penyewa. Saya nasihatkan juga supaya ada perjanjian sewa tambahan untuk melibatkan nama beliau di dalam penyewaan.
Bukan semua perlu ke Mahkamah.
Sebarang temujanji konsultasi dengan saya boleh dibuat dengan menghubungi Puan Amy di 03-55411129.
Nurhidayaty Maidin
Peguambela & Peguamcara
Tetuan Nur Maidin & Co

#peguamshahalam #peguam #lawyer #tribunal #undang-undang #lawfirm #mahkamah #nurmaidinco

No comments:

Powered by Blogger.