Ads Top

SHAH ALAM LAWYER : Dituduh curi kereta dan culik anak.

Dituduh curi kereta dan culik anak.
--------------------------------------------
Sepasang suami isteri muda menemui saya untuk mendapatkan tandatangan pesuruhjatya sumpah bagi akuan sumpah mereka.
Si isteri kelihatan antara bercampur gelisah , mengigil dan teruja ingin berbicara. Si suami kelihatan tenang.
Banyak sekali soalan si isteri sehingga sekali sekala si suami bagi isyarat - jangan ganggu PJS tengah cop.
Melihatkan si isteri ingin meluahkan sesuatu , saya mula bertanyakan soalan-soalan yang memudahkan beliau untuk bercerita.
"Dari mana ni puan?"
Soalan itu sahaja cukup untuk membuka topik bicara.
Mereka daripada IPD Shah Alam. Di nasihatkan oleh pegawai penyiasat supaya dapatkan satu surat akuan yang mereka telah membayar harga sebanyak RM 50,000.00 untuk membeli kereta Mercedez kawan mereka. Kawan tersebut yang nak jual.
"Duit tu hasil usaha kami berdua puan. RM 50,000.00 tu banyak . Saya sudah serahkan kepada dia sebab dia perlukan duit dan nak jual Mercedez tu. Lepas dapat duit, dia report ke balai polis kata saya curi kereta dia"
Si isteri mula sebak dan menangis. Si suami diam dan tenang. Sekali sekala menyampuk untuk menceritakan dengan lebih lanjut apabila isteri tersedu.
Saya faham. RM 50,000.00 bukan jumlah yang kecil. Saya pohon untuk lihat sebarang perjanjian bertulis di antara mereka .
Seperti yang saya jangkakan, perjanjian bertulis jual beli kereta itu bukan di deraf oleh seorang peguam. Maaf cakap (kalau tuan puan yang datang jumpa saya terbaca) , seperti perjanjian bertulis anak-anak sekolah. Ada dua helai dan cap jari. Tiada langsung stamp duti dari LHDN.
"Lepas itu dia tuduh saya culik anak-anak dia. Sedangkan anak-anak dia diserahkan pada saya sejak kecil. Dia bercerai dan tak nak jaga anak-anak dia. Dia nak enjoy clubbing dan sebagainya"
Si isteri tunjuk gambar kawannya di dalam sebuah club.
"Dia jualkan anak dia kepada saya sejak anak itu dalam perut lagi puan!"
Saya angguk faham. Malangnya, pasangan suami isteri ini tiada dokumentasi sah anak angkat dari JPN.
Maka terpaksalah pasangan suami isteri ini berulang alik ke IPD Shah Alam bagi menjawab pertuduhan ke atas mereka. Mereka menyambut Hari Raya Aidiladha pun di IPD semata-mata kerana laporan penculikan dan curi kereta.
===========================================
Apakah dokumen yang perlu dimiliki oleh pasangan suami isteri ini supaya perkara di atas tidak berlaku :
A. Perjanjian Jual Beli Barang (Sales of Goods Agreement) untuk barang-barang mudahalih (movable) seperti kereta , motorsikal, padi, mesin dsbnya.
Perjanjian Jual Beli barang begini akan memberikan interpretasi jelas siapa itu pembeli dan siapa itu penjual dan barang apa yang di jual. Klausa-klausa untuk mengikat kedua-dua pihak dalam perjanjian mesti mengikut prinsip yang dinyatakan di dalam Sales of Goods Act 1957 (SOGA) dan juga Contract Act 1950. Salah satu prinsip yang penting juga ialah "seseorang itu tidak boleh jual barangan yang bukan miliknya"
Perjanjian ini pula perlu dimatikan setem di LHDN. Barulah boleh dijadikan bukti di Mahkamah.
B. Bagi proses anak angkat, saya pohon tuan puan ikut prosedur yang ditetapkan oleh JPN dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam mengambil mana-mana kanak-kanak atau bayi untuk dijadikan anak angkat. Kanak-kanak dan bayi sangat dilindungi oleh undang-undang. Oleh itu, untuk elak dari dituduh menculik atau mengambil mereka tanpa kebenaran ibu-bapa kandung mereka, tuan puan perlu mengikut prosedur dibawah :
Jangan ambil ringan perkara undang-undang. Kalau tidak tahu , sila bertanya pada peguam.
Nurhidayaty Maidin
Tetuan Nur Maidin & Co
03-55411129

No comments:

Powered by Blogger.