Peguam Hartanah: Baru Tahu Bankrap?
Kami kongsikan kisah benar yang boleh dijadikan pengajaran kepada pembeli dan penjual hartanah.
Pembeli sangat teruja untuk membeli rumah dari si Penjual. Bahkan tanpa apa-apa dokumentasi yang lengkap , Pembeli terus sahaja membuat bayaran "deposit " kepada Penjual.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak lantik peguam untuk menjimatkan kos.
Pembeli membuat permohonan ke Bank untuk mendapatkan pinjaman pembayaran perumahan. Pembeli berjaya namun Bank pohon status bankrapsi Pembeli dan Penjual.
Rupanya Pembeli sedia maklum Penjual sudah bankrap. Masih mahu teruskan dengan pembelian rumah.
Kedua-dua pihak mati kutu di peringkat ini.
Penjual mahu duit. Pembeli mahu rumah dengan pembayaran dari pinjaman bank.
Mereka cuba pelbagai cara termasuklah mencuba cadangan-cadangan daripada pakar-pakar hartanah dan "peguam-peguam" tidak rasmi yang banyak melaksanakan transaksi tanpa kehadiran peguam.
Pun tersekat. Simpulan semakin berkumpal.
Akhirnya mereka beralah dan berjumpa dengan kami. Tidak pula dinyatakan isu bahawa penjual adalah seorang yang bankrap. Masing-masing diam kematu.
Mungkin mahu menduga samada peguam ini akan perasan atau tidak.
Maka peguam pun memulakan due diligence dan siasatan awal iaitu bankruptcy search dan land search. Sudah tentu terpapar bahawa carian bankrapsi menunjukkan penjual telah bankrap.
Kedua-dua pihak dipanggil. Penjual kata jangan salahkan dia. Pembeli pula buat terkejut macam baru tahu. Apabila kami nyatakan bahawa Bank tidak mungkin akan disbursekan loan kepada seorang yang bankrap - soalan yang popular sudah tentu " Habis tu apa guna saya lantik peguam?"
Tuan puan ,
Status bankrap adalah umpama end of the block bagi individu untuk berurusan berkenaan dengan harta kepunyaan mereka. Melainkan mendapat consent daripada Jabatan Insolvensi , seorang yang bankrap tidak boleh melupuskan hartanah beliau.
Moralnya disini , sebelum teruja untuk membeli atau menjual hartanah- pastikan perkara berikut dilaksanakan sekiranya tidak mahu ambil peguam:
1) Lakukan carian bankrapsi ke atas Pembeli dan Penjual ( sekiranya tidak tahu bagaimana nak buat carian bankrapsi , boleh upah peguam buatkan 03-55411129)
2) Lakukan carian hartanah
Sebaik-baiknya lantiklah peguam supaya tidak rugi dengan lebih besar dikemudian hari.
Tetuan Nur Maidin & Co adalah firma guaman yang beroperasi di Seksyen 18 Shah Alam dan Cheras.
#peguamhartanah
#peguam
#nurmaidinco
#lawyer

No comments: